ALHAMDULILLAH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG SEKOLAH KAMI. HUBUNGI KAMI DI TALIAN 09-7714750 ATAU E-MEL KAMI skparang@gmail.com UNTUK SEBARANG CADANGAN/ PERTANYAAN /ADUAN.TERIMA KASIH

Wednesday 24 February 2016

Bantuan Khas Awal Persekolahan 2016

"Terima kasih Kerajaan" itulah luahan hati salah seorang  penerima wang bantuan khas awal persekolahan bagi tahun 2016. Dengan adanya bantuan  khas awal persekolahan , sedikit sebanyak ia dapat membantu ibubapa menampung keperluan perbelanjaan persekolahan anak-anak yang kini kian meningkat. Bantuan khas awal persekolahan ini telah disampaikan oleh En Muhammad Rudin Siru B Junid, Ketua Penerangan Pemuda UMNO  Pengkalan Chepa. Turut hadir bersama memeriahkan majlis tersebut Yang Dipertua PIBG Sk Parang Puting En Mohd Fareez B Nor Amran dan Guru Besar SKPP Tn Hj Mohd Fauzi Bin Ismail

Dari Kiri En Mohd Fareez, En Muhammad Rudin Siru dan Hj Mohd Fauzi



En Muhammad Rudin Siru merasmikan majlis
            Berdasarkan  saringan yang dibuat, seramai 400  orang yang layak menerima bantuan awal persekolahan bagi tahun ini. Kriteria mereka yang layak adalah terdiri dari golongan ibubapa yang berpendapatan rendah.Dari riak wajah para penerima  , jelas mereka gembira dan bersyukur kepada Allah dengan bantuan ini . Bagi mereka bantuan ini datang tepat pada masanya memandangkan masih ada lagi ibubapa yang belum sepenuhnya membeli keperluan persekolahan anak-anak.

Sesi menyampaikan cenderahati kepada tetamu kehormat
dan  bantuan khas persekolahan kepada penerima
Kami warga SKPP mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada Pihak Kerajaan , khususnya UMNO Bahagian Pengkalan Chepa di atas kesudian menyampaikan wang Bantuan Awal Persekolahan. Kepada Ibubapa, diharapkan menggunakan wang yang diterima sebaik mungkin untuk persekolahan anak-anak.


Lagi gambar dimajlis tersebut

Sunday 21 February 2016

Kursus Kepimpinan dan Pelantikan Pemimpin Tunas



Ucapan Perasmian kursus kepimpinan oleh GPK HEM

"Di Pimpin untuk Memimpin" Itulah tema  bagi kursus Pemimpin  Tunas Sekolah Kebangsaan Parang Puting. Selepas bacaan doa pembuka majlis, Pemimpin Tunas membuat aktiviti senamrobik bagi memastikan kesediaan diri untuk melakukan aktiviti berikutnya.
           Selepas rehat, Pemimpin Tunas melakukan aktiviti  dalam berkumpulan (LDP) untuk mereka cipta logo kumpulan . Aktiviti seumpama ini boleh menerapkan sikap memimpin di kalangan Peminpin Tunas apabila setiap ahli kumpulan menyumbang saran idea bagi memastikan logo kumpulan yang dihasilkan berkualiti. Hasil dari perkongsian idea membina logo, peserta akan membentangkan hasil dapatan yang bertujuan untuk memberi keyakinan diri untuk berucap di khalayak ramai

Thursday 18 February 2016

Bual Bicara Professional Learning Community (PLC)

PLC ? Apa itu PLC ? Itulah persoalan yang mula-mula bermain dibenak fikiran kami guru-guru. Dengan inisiatif Pihak Pentadbir SKPP khususnya Tn Guru Besar, telah mengambil langkah proaktif telah menjemput En Wan Badrudin B Wan Omar , Penolong Pengarah Sains Sektor Akademik dari JPN Kelantan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru tentang PLC. Ini selaras dengan kehendak Kementerian dan Jabatan Negeri Kelantan yang mahu semua warga pendidik mengetahui aspirasi pendidikan masa kini. Dengan langkah yang penuh semangat, kami guru-guru melangkah gagah menuju ke bilik gerakan SKPP untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan PLC.
            Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik yangkomited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka. PLC merupakan sebahagian daripada Kualiti Guru di bawah NKRA untuk meningkatkan pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah-sekolah di seluruh negara.PLC merupakan salah satu usaha kolektif staf di sekolah dengan menumpukan kepada

·                     menggunakan kemahiran dan pengetahuan guru
·                     membina hubungan yang berkualiti
·                     mempunyai program yang sangat berfokus
·                     menggerakkan sumber-sumber sedia ada
·                     berkongsi kepimpinan


En Wan Badrudin ( baju biru) sedang memberi penerangan kepada guru-guru

Wednesday 17 February 2016

Gotong Royong warga SKPP

"Jom kita pakat mengecat bendera negeri -negeri pada tiang" Itulah ungkapan keramat warga SKPP untuk memastikan keceriaan sekolah dapat di kekalkan.
                 Aktiviti gotong royong mengecat bendera pada tiang merupakan satu aktiviti  yang seronok dilakukan . Tambahan pula  penglibatan semua guru dalam menggembleng tenaga agar persekitaran sekolah kelihatan cantik dan menarik. Aktiviti ini turut mendapat kerjasama yang padu daripada Tuan Guru Besar dan barisan Penolong Kanan.

Tn Guru Besar sedang mengecat salah satu bendera pada tiang

Lawatan Muhibbah Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan

Suasana pagi  rabu di SKPP (17/2/16)   melebarkan senyuman menyambut mesra kedatangan Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan , Jabatan Pelajaran Kelantan Tn Hj Zulkifli bin Mohd Noor bersama Ketua Penolong Pengarah En Mohamad Bin Abd Wahab.
       Lawatan Ketua Sektor ke SKPP adalah untuk memastikan dasar KPM dilaksanakan sebaik mungkin serta mengeratkan lagi  hubungan silaturrahim antara pihak JPN dengan pihak sekolah. Kehadiran KS beserta pegawai yang lain amat -amat dialu-alukan oleh pihak sekolah khususnya warga SKPP dalam memastikan sistem pendidikan berada di tahap optimum. Terima Kasih Tuan KS dan Tuan KPP atas kunjungan muhibbah ini.


Tuesday 16 February 2016

Pemantauan Pembekalan SPBT 2016


Hari ini warga Sk Parang Puting  berbesar hati menerima kunjungan dari Pegawai Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Kelantan dan Pejabat Pendidikan Kota Bharu ke bilik buku Teks ( BOSS) . . Pemantauan ini di ketuai oleh Pegawai KPM iaitu En Abd Razak b Mohamad dan En Shahrul Nizam b Zakaria. Pegawai dari JPN Kelantan pula di hadiri oleh Penyelia Pendidikan Kanan (Buku Teks ), En Muhammad Nor b. Ishak manakala  Pegawai  dari PPD Kota Bharu dihadiri oleh En Ashhan b Abdullah ( Penyelia Pend Kanan). Pemantauan ini bertujuan untuk memastikan pembekalan yang diperuntukkan kepada sekolah mencukupi agar proses pembelajaran murid-murid tidak terganggu. Kami Warga SKPP mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingg diatas keprihatinan dan kecaknaan pihak KPM, JPN Kelantan dan PPD Kota Bharu terhadap keperluan buku teks di sekolah kami