ALHAMDULILLAH KERANA SUDI MENGUNJUNGI BLOG SEKOLAH KAMI. HUBUNGI KAMI DI TALIAN 09-7714750 ATAU E-MEL KAMI skparang@gmail.com UNTUK SEBARANG CADANGAN/ PERTANYAAN /ADUAN.TERIMA KASIH

Wednesday 6 April 2016

Mesyuarat Agong PIBG kali ke 38

Datuk Hj Ahmad Jazlan Yaakub sedang menyampaikan ucapan perasmian

Meniti detik menghitung hari , hari silih berganti tahun... Tanggal 3 April 2016 terpahat lagi dalam lipatan sejarah SKPP apabila mesyuarat Agung PIBG kali ke 38 akan disempurnakan dalam satu majlis yang penuh gilang gemilang. Kedengaran paluan Kompang bergema di perkarangan Sekolah Kebangsaan Parang Puting menandakan kami warga SKPP dengan berbesar hati menerima tetamu kehormat  Datuk Hj Ahmad Jazlan Bin Yaakub ,Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Turut Hadir ke majlis tersebut Timbalan Pengarah Pendidikan Kelantan, Tn Hj Jaafar bin Ismail, Pegawai dari PPD Kota Bharu , Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa , Datuk Hj Zaluzi bin Hj Sulaiman serta barisan kepimpinan UMNO Pengkalan Chepa . Para tetamu kemudian diarak dengan bunga manggar menuju ke dewan Wacana Ilmu untuk memulakan majlis perasmian.

Timbalan Pengarah JPN Kelantan Tn Hj Jaafar turut memberi ucapan pada majlis tersebut


Yang DiPertua PIBG En Mohd Fareez memberi ucapan kata-kata aluan kepada hadirin 

Ketibaan Tetamu Kehormat di sambut meriah oleh para hadirin yang hadir

   
           Para tetamu dan Ibubapa di hidangkan dengan persembahan tarian oleh  murid-murid SKPP. Pada majlis ini  Datuk Jazlan juga menyampaikan anugerah kepada atlit Lown bowl  SKPP yang meraih juara di peringkat Kebangsaan. Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Datuk Ahmad Jazlan sempat meluangkan masa untuk merasmikan kelas pembelajaran abad ke 21 . Kelas PA 21  diwujudkan adalah kerana sistem pendidikan kini kian berkembang dan selaras dengan kenendak Kementerian Pendidikan untuk memenuhi aspirasi murid khususnya dalam memacu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.


Persembahan tarian oleh murid-murid SKPP


Penyampaian anugerah kecemerlangan peringkat Kebangsaan  dalam sukan Lown Ball. Congrats !!!

Datuk Jazlan menandatangani Plak  kelas abad 21 sambil diperhatikan oleh Timbalan Pengarah JPN Kelantan Tn Guru Besar dan Yang Di Pertua PIBG SKPP.

Mesyuarat agong PIBG di teruskan dengan pembentangan dan perbahasan usul-usul yang di kemukakan oleh ibubapa. Adalah sedia maklum , tujuan mesyuarat agong bukan sahaja bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim, bertukar-tukar pandangan dan pendapat teapi dengan mengamalkan konsep  bermusyawarah seumpama ini, adalah diharapkan kekusutan permasalahan yang ada akan difikirkan  dan menghasilkan titik kesefahaman yang berkesan serta memuaskan hati semua pihak.  Mesyuarat PIBG bagi tahun ini melabuhkan tirai pada jam 6.30 petang.


Lagi gambar sekitar majlis























No comments:

Post a Comment